Wednesday, 30 November 2016

Ada apa dengan pandangan manusia?


"Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT mengatakan: "Wahai hambaKu, kenapa engkau jadikan Aku di antara orang yang paling rendah pandangannya terhadap dirimu? Wahai hambaku, mengapa engkau meremehkan pandanganKu terhadap dirimu dan kamu melebihkan pandangan selain daripada Aku terhadap dirimu? Adakah kamu menyangka bahawa pandanganKu ini adalah pandangan yang paling lemah daripada kalangan pandangan-pandangan yang lain?"

Bermakna seseorang itu apabila berhadapan dengan manusia, dia buat yang terbaik tetapi apabila dia berseorangan diri yang ketika itu tak ada siapa yang melihatnya, hanya Allah yang melihatnya, pada ketika itu dia membuat dengan sambil lewa. Seperti melepaskan batuk di tangga. Apabila di hadapan mata manusia, dia buat dengan cermat, dia buat dengan sempurna, dia buat dengan baik kerana dia tahu manusia sedang memandangnya. Dia tunjukkan kehebatan dan juga kesempurnaannya. Apabila dia berseorangan diri, dia lihat tidak ada manusia melihatnya, dia terlupa yang melihatnya itu Allah SWT, terlupa yang sentiasa memandangnya itu Allah SWT. Jika seseorang itu memandang agung kepada pandangan Allah, sudah tentu disebalik manusia dia buat yang baik, ketika dia berseorangan diri, Allah sahaja yang melihatnya dia buat yang lebih baik lagi, yang terbaik.

Yang demikian niat itu kita umpamakan seperti jarum kompas. Jarum kompas yang menunjukkan arah kepada ikhlas. Seorang yang hendak sampai kepada ikhlas, dia perlukan kepada direction, dia perlukan sesuatu yang boleh menghala tujukan dia kepada destinasi. Maka jarum kompas yang kita perlukan disini sebagai penunjuk arah dan juga untuk mengarahkan kita sepenuhnya, menghadapkan diri kita dengan penuh penghadapan kepada siapa? Allah yang menciptakan langit dan bumi. Seorang yang sentiasa memerhatikan niatnya, kenapa dia buat perkara ini? Dia sedar apa yang dia lakukan. Untuk siapa? Untuk dapat keredaan siapa? Untuk dapat kegembiraan siapa? Untuk mendapat pandangan siapa? Apabila dia sedar bahawa itu semua adalah untuk Allah SWT, demikian dia akan menghala tujukan fokus hati tersebut adalah kepada Allah SWT. Bukan untuk mendapat sanjungan, bukan untuk mendapat pujian manusia tetapi dia ingin mendapat pujian dan pandangan daripada Allah SWT."

- Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

No comments:

Post a Comment